Wednesday 25 May 2011

nak online secara mudah...jangan ketinggalan dalam dunia teknologi...dapatkan segera

pemilihan & penjagaan tayar

                Penting sekali memilih tayar yg bersesuaian dengan keupayaan kenderaan. Jika kereta berenjin 1.3, memadai jika menggunakan sport rim bersaiz 14"(35cm). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15", kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak mampu merekodkan bacaan dengan tepat, memendekkan jangka hayat absorber serta meningkatkan penggunaan petrol.




                Jika sudah memilih tayar yg bersesuaian, perhatikan pula bahagian tepi tayar. Terdapat rangkaian nombor yg dicetak pada bahagian tepi tayar tersebut. Sebenarnya, rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat tarikh tayar dikilangkan (minggu&tahun). Mengikut piawaan antarabangsa, tayar hanya blh bertahan selama 2tahun selepas dikilang. Jesteru, anda dinasihatkan membelek tarikh tayar dikilangkan.

                Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor serta huruf pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh: 205/50 VR 16 membawa maksud tayar tersebut berkelebaran 205mm, ketebalan tayar drpd rim ke permukaan jalan adalah 50% dr kelebaran 205mm dan utk kegunaan rim bersaiz 16inci. VR pula bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan 240km/j tanpa menjejaskan kekuatan&ketahanan tayar.

            Tahukah anda, tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap 3bulan? Caranya; tayar depan kiri ditukar ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukar ke kiri belakang (sesuai utk tayar bersaiz sama).
           
                Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali sekala. Jika bunga pada bahagian tepi tayar cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara didalam tayar tidak bersesuaian. Jika dibahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan jika haus dibahagian luar sahaja, bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Manakala jika bunga tayar yg haus tidak sekata (turun naik), maka absorber perlu diganti.



Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.
Sumber:

Berita Harian

Tuesday 24 May 2011

blog?????

<a href=http://www.teknikblog.com/index.php?ref=shadinpakya><img src=http://www.teknikblog.com/ads/180x50-teknikblog.gif></a>

anda masih baru dalam blog....dapatkan teknik mudah untuk menghasilkan blog anda sendiri.... jangan berlengah...dapatkan segera

rezeki kurniaan Allah...

  

"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


Amalan untuk memurahkan rezeki::


Antara perkara yang perlu dilakukan ialah: 

   - Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat 
   -Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur


     - Membaca surah Al- Ikhlas



 - Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid







Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)
 
 - Lakukanlah amalan puasa sunat pada hari isnin dan khamis
 
 
 Amalan ini hendaklah dilakukan secara berpanjangan dan secara istiqomah...percayalah bahawa sesungguhnya rezeki itu datang dari ALLAH dan Dialah yang mengaturkan apa yang terbaik untuk hambaNya..berusahalah untuk mendapatkan rezeki yang halal kerana pasti ada keberkatan disebaliknya..yakinlah bahawa ALLAH tidak akan mensia-siakan hambaNya....biar seringgit yang penting sumbernya adalah dari hasil yang halal....Insyaallah

assalamualaikum

Assalamualikum. Kepada insan-insan yang berada diluar sana, suara halkum dibina untuk kita sama-sama berkongsi pendapat, pengalaman dan ilmu yang kita miliki untuk melengkapkan diri kita sebagai insan yang berguna untuk masa mendatang. Kepada sahabat- sahabat diluar, salam perkenalan dari saya dan diharap kalian dapat menyokong saya dalam membantu menjadikan saya sebagai seorang insan yang dapat mencurahkan jasa dan bakti untuk agama, bangsa dan negara.......sekiaaaannnnnn...wassalam