Tuesday 24 May 2011

rezeki kurniaan Allah...

  

"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


Amalan untuk memurahkan rezeki::


Antara perkara yang perlu dilakukan ialah: 

   - Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat 
   -Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur


     - Membaca surah Al- Ikhlas



 - Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid







Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)
 
 - Lakukanlah amalan puasa sunat pada hari isnin dan khamis
 
 
 Amalan ini hendaklah dilakukan secara berpanjangan dan secara istiqomah...percayalah bahawa sesungguhnya rezeki itu datang dari ALLAH dan Dialah yang mengaturkan apa yang terbaik untuk hambaNya..berusahalah untuk mendapatkan rezeki yang halal kerana pasti ada keberkatan disebaliknya..yakinlah bahawa ALLAH tidak akan mensia-siakan hambaNya....biar seringgit yang penting sumbernya adalah dari hasil yang halal....Insyaallah

No comments:

Post a Comment